Ketika memulakan blog ini pada tanggal 29 Ogos 2008, kwan merupakan seorang penuntut yang masih menuntu di sebuah institus pengajian tinggi awam. Kehidupan kawan adalah seperti sahabat-sahabat lain. Masih baru mengenal erti hidup dan masih mentah. Hanya pengalaman dan ilmu mampu membantu kawan dalam hal ini.
Kawan amat berminat dengan khazanah negara terutama sekali dalam konteks suasana melayu.. Jikalau sahabat-sahabat mempunyai pelbagai perkara yang ingin dikongsikan, kawan mengalu-alukannya dengan harapan kita akan dapat berkongsi dan bertukar-tukar minat masing-masing. Tidak kira apa jua sama ada lagu-lagu melayu, lirik,seni, atau lain-lain lagi. Kawan tidak berkira asalkan membawa kesan positif..
Selain itu, kawan juga berminat dengan isu-isu semasa negara dan lebih-lebih lagi yang melibatkan kehidupan orang islam dan melayu negara ini. Di dalam blog ini juga diharapkan agar kita dapat berkongsi idea dan harapan akan sama-sama membantu meningkatkan kemajuan negara..
Salam Semua..
